Halangan dalam Pemerolehan Bahasa Kedua
Apakah pemerolehan bahasa kedua?
Bahasa kedua ialah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa ibunda yang diperoleh oleh seseorang individu. Bahasa kedua ini ialah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu.
Apakah Halangan-Halangan yang Berlaku dalam Pembelajaran Bahasa Kedua?
Seseorang penutur bukan jati bagi bahasa kedua menghadapi begitu banyak kesukaran terutamanya atas sebab gangguan negatif bahasa ibunda dan perbezaan budaya. Pemerolehan bahasa kedua (L2) terutamanya dalam kalangan penutur bukan jati sering menghadapi beberapa perkara halangan afektif. Halangan afektif yang lebih dikenali sebagai halangan psikologi menimbulkan perkara yang menghalang potensi dalam memperoleh bahasa kedua. Kebimbangan, kurang keyakinan dan batasan penyesuaian terhadap persekitaran yang sentiasa berubah menjadikan penutur bukan jati yang mempelajari bahasa kedua menggerunkan dan ambivalen. Penutur bukan jati mudah berasa goyah, bertindih dan samar-samar dalam memberi persepsi dan penghasilan untuk memperoleh bahasa kedua. Hal ini juga berlaku apabila terdapat segelintir guru kurang mendedahkan kepada pelajar di sekolah secara proaktif untuk meningkatkan pengetahuan tentang krisis psikologi dalam pemerolehan bahasa kedua. Pendek kata, pelajar yang bukan penutur jati mempunyai kelemahan pada pengetahuan linguistik bahasa kedua yang dipelajari dan sukar untuk memahami keperluan mereka sendiri.
Terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan dalam pemerolehan bahasa kedua iaitu:
1. Pemindahan bahasa
Pemindahan bahasa merujuk kepada gangguan atau percanggahan berbahasa yang berlaku atas pengaruh bahasa ibunda semasa pembelajaran bahasa kedua. Menurut Stephen Krashen, penutur memperoleh bahasa pertama secara semula jadi melalui perbualan seharian. Pembelajaran bahasa kedua pula berlaku pembetulan kesalahan semasa berlaku proses pembelajaran dan juga pengaruh bahasa pertama. Penutur yang masih dalam proses pembelajaran awal untuk penguasaan bahasa kedua, dia berkemungkinan untuk terikut-ikut dengan konsep dan peraturan hukum bahasa pertama yang mungkin sekali berbeza dengan konsep dan hukum bahasa bagi bahasa kedua yang dipelajari. Penutur cenderung menggunakan pengetahuan daripada bahasa ibunda mereka untuk mempelajari bahasa kedua. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh membantu dalam memahami dan menggunakan bahasa sasaran namun pada masa yang sama boleh menghalang penghayatan tatabahasa bahasa kedua yang betul. Perkara ini boleh membawa kepada ralat sintaksis, perbendaharaan kata dan sebutan. Pelajar yang sering melakukan kesilapan dalam pemerolehan bahasa kedua sering melakukan cara berikut :
a) Mereka memetakan corak tatabahasa L1 mereka secara tidak sesuai pada L2 hasil daripada perbezaan sintaksis antara L1 dan L2.
b) Mereka menyebut bunyi-bunyi tertentu secara tidak betul atau dengan kesukaran akibat daripada perbezaan dalam sistem fonologi.
c) Mereka sering mengalami kekeliruan perbendaharaan kata kerana mereka sering diperdayakan oleh gurauan rakan mereka semasa cubaan berbahasa bahasa kedua. Sebagai contoh, perkataan atau frasa yang kedengaran serupa bunyinya dalam kedua-dua bahasa ibunda dan bahasa sasaran, tetapi berbeza secara ketara dari segi makna.
2. Perbezaan budaya
Budaya pelajar boleh menjadi penghalang kepada pembelajaran bahasa kedua atau asing. Perbezaan budaya boleh menyebabkan kekeliruan dan salah faham budaya. Pelajar mungkin menghadapi masalah untuk berkomunikasi dengan penutur asli sasaran kerana perbezaan budaya.
lMempelajari bahasa kedua bermakna belajar bercakap dan memahaminya. Tetapi pelajar tidak boleh mencapai tahap kecekapan yang tinggi melainkan mereka dapat menggunakan bahasa sasaran dengan sewajarnya dalam konteks budaya sasaran.
l Untuk mencapai kecekapan pragmatik dan sosio linguistik, pelajar seharusnya dapat membuat andaian yang betul tentang apa yang diperkatakan oleh lawan bicara.
l Apabila budaya L1 dan L2 berkongsi ciri yang sama, andaian yang dibuat menyumbang kepada pembelajaran. Walau bagaimanapun, apabila kedua-dua budaya berbeza dalam banyak aspek pembelajaran adalah berisiko.
Sememangnya gangguan linguistik boleh membawa kepada penghasilan bahasa yang betul apabila bahasa ibunda dan bahasa sasaran berkongsi banyak ciri linguistik. Walau bagaimanapun, pemindahan boleh mengakibatkan ralat apabila kedua-dua bahasa mempunyai ciri linguistik yang ketara perbezaannya.
3. Implikasi dalam bilik darjah
Terdapat beberapa kejadian yang mungkin berlaku dalam pembelajaran bahasa kedua di dalam bilik darjah, antaranya
l Pelajar cenderung menggunakan pengetahuan linguistik mereka tentang bahasa ibunda (dan mungkin pengetahuan tentang bahasa lain yang telah mereka pelajari.)
l Pelajar cuba memindahkan pengetahuan budaya mereka untuk membuat andaian semasa berkomunikasi dalam bahasa kedua.
l Guru terlepas pandang untuk berkongsi tips yang mungkin boleh membantu para pelajar pembelajaran bahasa kedua di sekolah.
l Guru tidak sedar akan kesilapan yang mungkin hasil daripada pemindahan bahasa negatif atau andaian yang salah yang dipegang tentang budaya sesuatu bahasa kedua yang dipelajari.
l Interaksi antara guru dan pelajar melebihkan penggunaan bahasa ibunda semasa pembelajaran bahasa kedua yang menyebabkan halangan kognitif dalam dalam pembelajaran bahasa kedua.
Oleh sebab itu, guru yang mengajar bidang bahasa terutamanya mata pelajar atau subjek bahasa kedua dalam pendidikan haruslah membina strategi yang sistematik supaya dapat diaplikasikan oleh pelajar semasa mempelajari bahasa kedua.
Sebenarnya, masih terdapat banyak halangan-halangan yang dihadapi oleh penutur dalam pemerolehan bahasa kedua yang tidak ditangani dengan serius. Kebanyakannya masalah berpunca daripada diri penutur itu sendiri. Penutur hendaklah sedar dan berusaha untuk menanganinya agar tidak menjadi halangan untuk terus berjaya dalam pemerolehan bahasa kedua. Dorongan dan sokongan daripada pihak pihak tertentu juga sangat memberi impak yang besar dalam kejayaan memperoleh bahasa kedua ini. Seorang yang mempunyai motif tinggi dan diberi peluang baik, tetapi tidak mempunyai keupayaan yang tinggi terhadap pembelajaran bahasa, akan mencapai kejayaan yang baik, lebih-lebih lagi kalau masyarakat sekelilingnya itu mendorongnya.
Rujukan:
Hanna Illy.(2021).Halangan Pemerolehan Bahasa Kedua. https://hannailly.blogspot.com/2021/06/halangan-pemerolehan-bahasa-kedua.html
Jill Hadfield and Zoltan Dornyei.(2013). Motivating Learning. Harlow:Pearson Education Limited
Khazriyati Salehuddin.(2018). Psikolinguistik: Penerokaan Minda Berlandaskan Bahasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
Mike Long.(2015). Second Language And Task-Based Language Teaching. West Sussex: John Wiley And Sons, Inc.
Mohammed Rhalmi.(2014). Second Language Learn Difficulties. https://www.myenglishpages.com/blog/second-language-learning-difficulties/
Ulasan
Catat Ulasan