Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

Adakah Kanak-kanak Bisu dan Pekak Berupaya Memperoleh Bahasa Pertama?

Imej
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pemerolehan bahasa pertama ini sering dikaitkan dengan bahasa yang kita peroleh semenjak dilahirkan ke dunia sehinggalah pada fasa yang mana kita akan mula memperoleh bahasa kedua secara formal mahupun tidak formal. Secara kebiasaannya, kita memperoleh bahasa pertama ini melalui bahasa komunikasi yang dituturkan bersama ibu bapa dan juga melalui pendedahan terhadap persekitaran hidup seseorang individu sejak lahir. Namun, pernahkah anda terfikir adakah individu yang kurang upaya dari kecil dari segi deria seperti pekak /tuli dan dari segi pertuturan seperti bisu ini memperoleh bahasa pertama mereka seperti individu normal yang lain? Oleh itu, di sini saya ingin merungkai beberapa fakta yang menarik berkenaan topik tersebut. Marilah kita lihat adakah kanak-kanak yang kurang upaya dari segi pendengaran dan pertuturan mampu memperoleh bahasa pertama mereka. 1. Kurang Upaya dari segi Pendengaran atau Pekak Kurang upaya dari segi pendengaran atau lebih dike...

Afasia Progresif Utama

Imej
Apakah Aphasia Progresif Utama (PPA)? Primary Progressive Aphasia (PPA) merupakan  sindrom neurologi yang mana keupayaan bahasa  seseorang penghidap  menjadi perlahan-lahan dan secara beransur-ansur terjejas. Tidak seperti bentuk afasia lain yang berpunca daripada strok atau kecederaan otak, PPA disebabkan oleh penyakit neurodegeneratif, seperti Penyakit Alzheimer atau Degenerasi Lobar Frontotemporal  namun fungsi kognitif seseorang penghidap PPA masih utuh pada awal simptom . PPA terhasil daripada kemerosotan tisu otak yang penting untuk pertuturan dan bahasa. Walaupun gejala pertama adalah masalah dengan pertuturan dan bahasa, masalah lain yang berkaitan dengan penyakit asas, seperti kehilangan ingatan   sering berlaku kemudian. PPA biasanya bermula sebagai gangguan bahasa yang halus, berkembang menjadi  hampir menghidap ketidakupayaan untuk bercakap sepenuhnya, dalam tahap yang paling teruk. Jenis defisit bahasa mungkin berbeza dari pesakit ke pesakit. G...

Halangan dalam Pemerolehan Bahasa Kedua

Imej
  Apakah pemerolehan bahasa kedua?   Bahasa kedua ialah bahasa yang kedua dipelajari oleh seseorang itu di samping bahasa ibunda yang diperoleh oleh seseorang individu. Bahasa kedua ini ialah bahasa asing yang dipelajari untuk tujuan-tujuan tertentu.   Apakah Halangan-Halangan yang Berlaku dalam Pembelajaran Bahasa Kedua? Seseorang penutur bukan jati bagi bahasa kedua menghadapi begitu banyak kesukaran terutamanya atas sebab gangguan negatif bahasa ibunda dan perbezaan budaya. Pemerolehan bahasa kedua (L2) terutamanya dalam kalangan penutur bukan jati sering menghadapi beberapa perkara halangan afektif. Halangan afektif yang lebih dikenali sebagai halangan psikologi menimbulkan perkara yang menghalang potensi dalam memperoleh bahasa kedua. Kebimbangan, kurang keyakinan dan batasan penyesuaian terhadap persekitaran yang sentiasa berubah menjadikan penutur bukan jati yang mempelajari bahasa kedua menggerunkan dan ambivalen. Penutur bukan jati mudah berasa goyah, bertindih d...