Adakah Kanak-kanak Bisu dan Pekak Berupaya Memperoleh Bahasa Pertama?
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa pemerolehan bahasa pertama ini sering dikaitkan dengan bahasa yang kita peroleh semenjak dilahirkan ke dunia sehinggalah pada fasa yang mana kita akan mula memperoleh bahasa kedua secara formal mahupun tidak formal. Secara kebiasaannya, kita memperoleh bahasa pertama ini melalui bahasa komunikasi yang dituturkan bersama ibu bapa dan juga melalui pendedahan terhadap persekitaran hidup seseorang individu sejak lahir. Namun, pernahkah anda terfikir adakah individu yang kurang upaya dari kecil dari segi deria seperti pekak /tuli dan dari segi pertuturan seperti bisu ini memperoleh bahasa pertama mereka seperti individu normal yang lain? Oleh itu, di sini saya ingin merungkai beberapa fakta yang menarik berkenaan topik tersebut. Marilah kita lihat adakah kanak-kanak yang kurang upaya dari segi pendengaran dan pertuturan mampu memperoleh bahasa pertama mereka. 1. Kurang Upaya dari segi Pendengaran atau Pekak Kurang upaya dari segi pendengaran atau lebih dike...